Wednesday, June 2, 2010

Contoh Surat Buang Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS SHAH II
33300 GERIK, Tel: 605-7911393
PERAK DARUL RIDZUAN. Fax: 605-7917214

RUJ TUAN :
RUJ KAMI : SMKSIS/DISIPLIN/SULIT/10(1)
TARIKH : 22 Mac 2010
**************
***************
SMK Sultan Idris Shah II
33300, Gerik, Perak.

Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah
**************
Tingkatan ***
Peraturan – Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.02.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah.

2. Berdasarkan kepada Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-peraturan pelajaran (Disiplin Sekolah 1959) Fasa 8, “Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar / Pengetua sesebuah sekolah:
a) Sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahan atau pun dibuang sekolah.

3. Merujuk surat dari Jabatan Pelajaran Perak yang bertarikh 14.01.2010, pada
para 3 :
“Jika anak/ jagaan tuan selepas ini melanggar peraturan sekolah dan didapati bersabit dengan pertuduhan, maka Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II Gerik, berhak membuangnya daripada sekolah tersebut tanpa sebarang syarat dan berkuatkuasa serta-merta”.

4. Oleh sebab kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan seperti mana yang terdapat di lampiran, adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II Gerik, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II dan keputusan ini berkuatkuasa serta-merta.







5. Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik berkuatkuasa mulai . 0 . 2010.

6. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, tuan boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan ******** mulai daripada . 0 . 2010 kepada Pendaftar Sekolah-sekolah seperti alamat di atas dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini.


..........................................
(Hajjah Hasmah Binti Hashim)
Pengetua
SMK Sultan Idris Shah II,
33300, Gerik,
Perak Darul Ridzuan

s.k

1. Guru Tingkatan 5K2

2. Unit Hal Ehwal Murid, JPN (U.P: En. Mohd Akhir B. Abdul Latif)

3. Penolong PPD (HEM) (U.P: En. Mohamad Zahari B. Mohamad Ramli)

4. YDP PIBG

5. ***8**************
***************,
33300 Gerik,Perak.

No comments:

Post a Comment