Tuesday, September 21, 2010

Lawatan ke Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, Perak.

LAWATAN KE PUSAT EKO-PELAJARAN HUTAN PAYA LAUT MATANG,
KUALA SEPETANG, TAIPING, PERAK.

1.0 NAMA PROGRAM:
Program lawatan RIMUP ke Pusat Eko-pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang.

2.0 RASIONAL:
Skop pendidikan meliputi pelbagai disiplin ilmu dan tidak terbatas di bilik darjah sahaja. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menekankan kepada pendidikan boleh berlaku sama ada secara formal, bukan formal atau tidak formal dan situasi adalah tidak terbatas.
Di atas kesedaran inilah, maka RIMUP SMK Sultan Idris Shah II, Gerik mengelolakan satu program lawatan ke pusat pendidikan luar. Program ini dianjurkan bukan sahaja sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu dalam persekitaran yang sebenar tetapi juga mewujudkan perpaduan di antara kaum yang terdapat di sekolah ini.

3.0 MATLAMAT:
3.1 Merealisasikan perpaduan di antara kaum penting untuk membentuk jati diri pelajar untuk menjadi insan yang berketrampilan, bersahsiah mantap dan disiplin yang tinggi. Jadi tema kesepakatan membawa berkat adalah amat bersesuaian dengan program lawatan ini.

4.0 OBJEKTIF:
4.1 Pelajar dapat didedahkan dengan keindahan alam semulajadi ekosistem Hutan Paya Bakau di samping meningkatkan lagi pemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang saling berkaitan.

4.2 Pelajar memperolehi maklumat dan pengetahuan alam sekitar secara jelas melalui aktiviti yang dijalankan.
4.3 Membentuk kesepakatan di antara pelajar yang berbilang bangsa.

4.4 Membantu membentuk perkembangan kendiri positif yang seimbang di antara rohani, mental dan sosial di kalangan pelajar.

Laporan sebelum lawatan:
Diantara beberapa perkara penting yang dilakukan sebelum menjalankan aktiviti lawatan ini adalah seperti yang tersenarai di bawah:

No comments:

Post a Comment